Tuesday, June 5, 2012

Top 10 Malaysia's Richest Man 2012

Most of Malaysia’s biggest fortunes didn’t change much over the past year.

Top 10 Malaysia's RichestHaritu time pegi gunting rambut, bace majalah kat saloon tu, pastu ade terbace artikel pasal " 10 orang terkaya di Malaysia " last update 01 Mac 2012, tapi disebabkan majalah tu saloon punya dan keluaran april, cari kat kedai pun dah takde la. Niat nak pinjam untuk ambik fakta tu, tapi ape kan daya :D haha~. So, selepas dari kejadian itu, surf la internet mencari fakta tersebut dan terjumpalah di salah satu web yang mengeluarkan artikel tersebut.


Inilah ape yang saya dapat dan maaflah kalau "translate" xberape nak pandai, ikut kemampuan je. Artikel itu memberi " 40 orang terkaya di Malaysia " tapi saya macam xlarat nak translate 40 tu, So saye amik 10 orang terkaya di Malaysia.



Top 10 Malaysia's Richest



Robert Kuok
#1 Robert Kuok

Dilahirkan pada 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor, merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Membina empayar kekayaannya didalam sektor gula, minyak sawit, perkapalan dan harta. Kumpulan Kuok beliau telah dijana di bawah 3 syarikat induk utama yang berada di Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Mempunyai pegangan terbesar dalam minyak sawit iaitu di Wilmar International, yang dikendalikan oleh anak saudara Kuok Khoon Hong, seorang warganegara Singapura dan juga hartawan. Tahun lepas telah dinyahsenaraikan Hartanah Allgreen di Singapura dan Jerneh Asia di Malaysia dengan membeli balik kesemua saham. Aset bersihnya pada masa ini adalah 12.4 billion.


Ananda Krishnan
#2 Ananda Krishnan

Aset bersihnya adalah $9.9 Billion. Dia melobi portfolio syarikatnya di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga dan berjaya meningkatkan $ 2 bilion. Syarikat Telekomunikasi Maxis beliau, adalah pembekal perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di negara ini, baru-baru ini telah memeterai 1 perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan UMobile. India sedang menyiasat dakwaan bahawa dia telah menggunakan hubungannya dengan jutawan India Kalanithi Maran, rakan kongsi dalam Radio dan TV terus-ke-rumah, Maxis tidak adil memperoleh kebanyakan saham Firma Aircel Mobile kerana abang Maran adalah menteri telekom India. Maxis menafikan sebarang salah laku tersebut.
* Lulusan dari Harvard Business School
* Bermula sebagai peniaga minyak
* Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia.

1938: Dilahir di Brickfields, Kuala Lumpur.
1964 (umur 26): Memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
1985 (umur 47): Menaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia.
1991 (umur 53): Mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor).
1993 (umur 55): Mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek.
1996 (umur 58): Melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd.


Lee Kim Hua & family
#3 Lee Kim Hua & Keluarga

Balu kepada pengasa Kumpulan Genting Lim Goh Tong. Anaknya Lim Kok Thay menduduki tempat No. 16.
Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik,pelancongan,pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.
*Aset bersih bernilah $6.5 Billion dan sumber kekayaannya adalah : casinos Genting.


Lee Shin Cheng
#4 Lee Shin Cheng

Kumpulan IOI beliau adalah satu nama gergasi dalam industri minyak sawit danpembangunan hartanah. Memiliki kilang penapisan di Amerika Syarikat dan Belanda. Baru-baru ini memenangi tawaran $322 juta untuk bidaan 6 ekar-plot di pusat bandar Singapura dimana beliau merancang untuk membina projek kediaman.
*Asset bersih $5.2 Billion.


Teh Hong Piow
#5 Teh Hong Piow

Pengasas Public Bank, kumpulan perbankan ketiga terbesar di negara ini; menerajui selama 45 tahun. Kumpulan berkembang ke Hong Kong, China dan Kemboja. Penyokong Majlis Paralimpik Malaysia, yang menyelia acara-acara sukan untuk orang kurang upaya.
*Asset bersih bernilai $5 Billion daripada Industri Perbankan.


Quek Leng Chan
#6 Quek Leng Chan

Big Boss Hong Leong Financial Group dan Shares control dengan sepupunya dari Singapura Kwek Leng Beng dan keluarga Kwek. Mewarisi kekayaan dari bapanya, salah seorang daripada 3 adik-beradik yang telah memulakan satu kumpulan perbankan pada tahun 1920. Asset bersih bernilai dalam anggaran $4.2 billion dari sumber yang perlbagai.


Syed Mokhtar AlBukhary
#7 Syed Mokhtar AlBukhary

Merupakan seorang ahli perniagaan dan bilionair Melayu yang terkaya di Malaysia dengan asset bersihnya bernilai $3.3 Billion. Membeli 43% kepentingan dalam Proton pengeluar kereta milik negara untuk $ 422 juta dan 32% daripada pos syarikat Pos Malaysia bagi $ 196 juta menerusi syarikatnya DRB-Hicom. Sasaran seterusnya adalah rel pengendali KTM.
* Beliau seorang yang perahsia dan tidak lupa nikmat Allah. Dia terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan 2008 dan Tokoh Melayu Terbilang 2009.
* Beliau adalah Pengerusi Yayasan Albukhary.

Yeoh Tiong Lay
#8 Yeoh Tiong Lay

Beliau mengasaskan YTL Corp. Memiliki, PowerSeraya penjana kuasa kedua terbesar Singapura dan Starhill Global REIT, yang memiliki hartanah runcit di Malaysia dan Singapura. Anaknya yang berusia 57 tahun iaitu Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping sudah mula menunjukkan taringnya.
*Anggaran aset bersihnya bernilai $2.6 billion.

Tiong Hiew King
#9 Tiong Hiew King

Tan Sri Tiong Hiew King adalah seorang usahawan Malaysia berketurunan Cina yang merupakan jutawan dari Sarawak. kini menguruskan 5 empayar global dan beberapa syarikat swasta dalam industri perhutanan, minyak sawit, media, teknologi, hartanah dan hospitaliti. Tahun lepas memuktamadkan penjualan pegangan sahamnya bernilai $1.7 bilion di dalam Eon Capital kepada #6 Quek Leng Chan Hong Leong Bank.


Vincent Tan
#10 Vincent Tan

Pada 23 Februari 2012, beliau meletak jawatan daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies yang ditubuhkan pada tahun 1984. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.
* Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.
* Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.

Berikut senarai dari No. 11 hingga 20 :-

Top 10 Malaysia's Richest

Source : Forbes, Wiki (last update 01 Mac 2012)

* Finally siap jugak :p atleast ade gak ilmu pengetahuan am kan ^_^

13 comments:

  1. bila la bleh jadi macam diorang?

    ReplyDelete
  2. lepas ni nama saya pulak yang bakal tersenarai.. hihihi

    *impian nak jadi kaye nih :p

    ReplyDelete
  3. wahh..dasat! ok la tu ade cite² :D
    atleast top10 tu ade melayu gak kan :P

    ReplyDelete
  4. Hi there.. TGIF na :) good information.. Thanks

    ReplyDelete
  5. @mugmerah : o.O

    @Rathe : Holla ;)

    @zana : Hye back :D

    ReplyDelete
  6. Uang yang sangat banyak, kalau dibuat tidur bagaimana ya...

    ReplyDelete
  7. I came here to see the top 10s in Malasiya. But I don't know the language you are displaying. So if you have a google translate widget it would be helpful. Http://blogbytheblogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. terbaik blog... jom jadi orang yang ke21 terkaya..
    www.organogold-selangor.blogspot.com

    ReplyDelete

Comment please when u done read of this entry :) Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...